it's about anything. too many to mention...

Thursday, September 2, 2010

rihanna mula dipamer di muzium madame tussauds


Tentang patung lilin, Madame Tussauds memang jaguhnya. Kalau Anda mengira gambar di sebelah adalah foto Rihanna, Anda salah kerana gambar itu adalah gambar patung lilin Rihanna yang dipamer di muzium Madame Tussauds. Hari Selasa lalu patung Rihanna mula dipamer di muzium yang berlokasi di Washington DC.

Patung Rihanna ini mengenakan korset, jaket, seluar hingga kasut yang semuanya berwarna hitam. Nampaknya pakaian ini juga yang dikenakan Rihanna saat beliau menghadiri peragaan busana Balmain selama Paris Fashion Week Oktober lalu.

Boleh jadi patung ini bukan patung yang istimewa namun menurut jurucakap muzium Madame Tussauds, Rihanna mengaku sangat puas melihat patung dirinya yang kini dipamer itu. Rihanna memang bukan satu-satunya selebriti penghuni muzium Madame Tussauds. Beberapa hari yang lalu muncul berita yang Lady GaGa dan Kim Kardashian juga bakal jadi penghuni muzium Madame Tussauds.

0 comments: