it's about anything. too many to mention...

Thursday, September 2, 2010

shia labeouf paling menguntungkan versi forbes


Shia LaBeouf menjadi pelakon paling menguntungkan dalam dua tahun berturut-turut, berdasarkan senarai yang dirilis Forbes Isnin lalu. Forbes menghitung untuk setiap US$1 yang dibayarkan kepada LaBeouf, filem yang menampilkan dia menghasilkan keuntungan senilai US$81.

LaBeouf memuncaki peringkat berkat filem-filem blockbuster seperti INDIANA JONES AND THE KINGDOM OF THE CRYSTAL SKULL yang menghasilkan US$787 juta di seluruh dunia, dan TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN yang menghasilkan US$836 juta di seluruh dunia.

Anne Hathaway menempati peringkat kedua berkat filem ALICE IN WONDERLAND yang menghasilkan US$1 miliar di seluruh dunia, dan BRIDE WARS yang menangguk US$115 juta, jumlah yang jelas lebih rendah. Untuk setiap US$1 dolar yang dibayar kepada Hathaway menghasilkan keuntungan US$64 dolar.

Forbes mencermati 36 pelakon Hollywood yang setidak2nya membuat tiga filem dalam lima tahun yang ditayangkan secara luas. Mereka menghitung penjualan filem-filem box office, DVD dan penjualan di televisyen, yang kemudian dikurangi anggaran filem, seraya menghapus biaya pemasaran, yang rentan terhadap kecurangan laporan.

Daniel Radclife, Robert Downey Jr. dan Cate Blanchet melengkapi peringkat lima besar.

Mungkin pelakon yang paling mengejutkan yang masuk dalam 10 besar adalah Johnny Depp, dia biasa mendapat gaji besar. Dia dibayar US$1 dolar untuk setiap US$18 keuntungan filemnya.

Masih dari senarai Forbes, pelakon yang paling sedikit menghasilkan keuntungan, kehormatan yang meragukan itu tahun lalu diberikan kepada Will Ferrel. Bintang LAND OF THE LOST itu dibayar US$1 untuk setiap US$3,29 filem yang dibuatnya.

0 comments: