it's about anything. too many to mention...

Thursday, October 21, 2010

ariel dibicarakan secara tertutup


Perbicaraan kes video porno dengan suspek Ariel kemungkinan akan diadakan secara tertutup di Pengadilan Negeri Bandung, Jawa Barat, kerana berkaitan kes asusila.

Sementara itu, Ariel yang bernama lengkap Nazriel Irham akan langsung ditahan pada Rabu malam. Menurut Boy, panggilan Afrian Bonjol, penahanan Ariel adalah kewenangan Kejaksaan Agung dan Mabes Polri.

Berkaitan pemindahan penahanan dan pengalihan suspek Ariel ke Kejari Bandung, menurut Boy, itu di luar kewenangannya untuk menjelaskan. Namun secara tegas peguam kumpulan OC Kaligis itu menyatakan tidak ada kaitannya pemindahan fail Ariel ke Bandung dengan lokasi kejadian pembikinan video.

Ariel ditahan di Rutan Kebonwaru Kota Bandung, Sejak malam semalam, setelah dibawa dari Mabes Polri, tempat sebelum ini dia ditahan.

Mengenai kehadiran Luna Maya mendampingi Ariel, kata Boy, tidak ada kaitannya dengan pelimpahan fail itu. Luna hadir mendampingi Ariel setakat mendampingi sebagai kekasih kerana Ariel baru pertama kalinya menginjak Bandung setelah ditahan di Mabes Polri.

Ketika ditanyakan apakah perpindahan ke Bandung itu memberikan kesempatan Ariel untuk menjenguk keluarganya di kawasan Antapani Kota Bandung, Boy tidak dapat menjamin boleh menjenguk keluarganya.

0 comments: