it's about anything. too many to mention...

Thursday, October 21, 2010

fail luna maya dan cut tari masih p19


Fail suspek kes video Luna Maya dan Cut Tari, sampai sekarang belum lengkap dan Kejagung sudah memberikan petunjuk yang harus dipenuhi oleh penyiasat Polri atau P19.

Kepala Pusat Penerangan Hukum (Kapuspenkum) Kejaksaan Agung, Babul Khoir Harahap, di Jakarta, semalam, menyatakan bahawa fail 'pasangan main' Ariel berada di tangan penyiasat dengan sejumlah petunjuk untuk dilengkapi.

Sementara fail Nazril Ilham alias Ariel sudah dinyatakan lengkap (P21), seiring kemudian dia dilimpahkan ke Kejaksaan Bandung melalui surat nombor D2165/e/2/ERP/10/2010. Dia dikenakan pasar penyebaran, Pasal 56 KUHP.

Sebelum ini, Ariel dikenakan Pasal 55 KUHP, iaitu penyertaan dalam perbikinan pornografi dan Pasal 282 KUHP tentang Asusila.

Babul Khoir menjelaskan dasar dikenakan Pasal 56 KUHP kerana tidak diketahui tempat kejadian (locus delictie) dan waktu pembikinan (tempus delictie) video porno tersebut.

Dari keterangan suspek Luna Maya dan Ariel, tidak mengetahui bila dan tempat pembikinan video tersebut. Ditegaskannya juga, penanganan fail Ariel sama sekali tidak ada tekanan dan merupakan murni untuk penegakan undang2.

0 comments: