it's about anything. too many to mention...

Monday, November 29, 2010

depp : anakku lebih cinta spiderman daripada jack sparrow


Boleh dikatakan Jack Sparrow dalam PIRATES OF THE CARIBBEAN menjadi satu superhero yang boleh disandingkan dengan superhero handalan dan idola kanak-kanak. Namun ternyata, anak-anak Johnny Depp, pelakon lanun laut ini, lebih mengidolakan Spiderman daripada watak yang dilakonkan ayah mereka.

Namun hal ini tidak bererti Lily Rose dan Jack, anak-anaknya bukan peminat PIRATES OF THE CARIBBEAN. Mereka mencintai filem dan watak yang dilakonkan ayah mereka, namun tidak lebih besar daripada idola mereka, manusia labah-labah ini, Spiderman.

Hal ini dinyatakan Depp ketika aktor ini mengungkapkan betapa dia menikmati wataknya. Saat ini, Depp sendiri sedang sibuk penggambaran sekuel filem lanun laut ini, PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES di London dan Hawaii. Kemunculannya kali ini pernah mengejutkan kerana umum mengira filem PIRATES OF THE CARIBBEAN yang sebelum ini akan menjadi yang terakhir baginya.

0 comments: