it's about anything. too many to mention...

Monday, November 29, 2010

natalie portman - mila kunis saingan di dalam dan luar filem


Inilah profesionalisme sejati, ketika proses produksi dan cerita dalam filem dibuat seolah-olah nyata dalam hidup aktor dan aktresnya. Hal ini terjadi dalam proses produksi BLACK SWAN, ketika pengarahnya, Darren Aronofsky membuat Natalie Portman dan Mila Kunis bersaing di dalam dan di luar filem.

BLACK SWAN adalah sebuah filem thriller mistik di dunia balet yang bercerita mengenai seorang penari bernama Nina, dilakonkan oleh Portman, yang menjadi obses dan merasa terancam oleh kehadiran penari baru, Lily, yang dilakonkan oleh Kunis.

Natalie dan Mila adalah teman dekat sejak lama, dan untuk memunculkan persaingan antara kedua2nya, Aronofsky sengaja memisahkan kedua2nya selama proses penggambaran yang berlangsung selama 42 hari.

Namun Aronofsky pernah menafikan 'perbuatannya' ini dan menyatakan bahawa jarak yang dibina antara Mila dan Natalie agar kedua2nya tidak berbincang mengenai lakonan yang akan mereka lakukan.

Natalie sendiri menyatakan bahawa pengarah ini sering mengkritik tarian baletnya dan memuji tarian Mila.

0 comments: