Entah kerana alasan mencari populariti ataukah keuntungan, salah seorang teman Miley Cyrus dikhabarkan berniat menjual bong (alat hisap) yang pernah 'membesarkan' nama Miley sebagai salah satu artis remaja bermasalah.
Pemiliknya yang tidak mahu disebutkan namanya sudah menyebarkan alamat e-mail yang boleh dihubungi untuk membeli bong 'bersejarah' ini apabila ada peminat Miley yang tertarik. Sebelum ini, pemiliknya pernah berniat untuk menyimpan bong ini dan tidak akan menjualnya ke tangan siapapun.
'Nilai sentimental' menjadi alasan pemiliknya untuk menyimpan bong ini untuk dirinya sendiri. Namun, entah apa alasannya sampai pemiliknya berubah fikiran dan menjualnya ke khalayak umum.
Boleh jadi, alasannya adalah wang, kerana lelaki ini menyatakan bahawa dirinya berharap boleh mendapat wang dalam jumlah besar untuk alat hisap yang pernah digunakan Miley untuk menghisap tanaman memabukkan namun sah akhir tahun lalu.


0 comments:
Post a Comment