it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 5, 2011

david dan victoria beckham bakal asing rumah?


Sekali lagi berita rumah tangga pemain bola tampan dan isterinya, David dan Victoria Beckham menjadi sorotan. Ini kerana, kedua2nya dikhabarkan akan segera asing rumah, David kembali ke England dan Victoria tetap tinggal di LA! Apakah alasan curang sekali lagi menjadi penyebab?

Ternyata bukan inilah alasan perpisahan kedua2nya, melainkan kerana profesionaliti yang mereka jaga. David dijadualkan akan segera teken kontrak dengan Tottenham Hotspur, salah satu kelab bola sepak di England, sementara Victoria tidak ingin pindah dari LA.

Ada beberapa alasan yang memaksa Victoria untuk tidak mengikuti suaminya kembali tinggal di England. Salah satunya adalah sekolah ketiga2 anaknya, Brooklyn (11), Romeo (8), dan Cruz (5), yang tidak mungkin menyesuaikan jadual kontrak ayahnya selama 3 bulan.

Jika kontrak Beckham benar-benar terlaksana, maka dia akan tinggal sendiri di rumah mereka yang berada di Sawbridge (rumah yang juga dikenal sebagai Beckingham Palace), yang terletak 20 minit dari tempat latihan Spurs.

0 comments: