Sebelum ini, bicara pernah ditunda kerana tidak adanya cukup bukti untuk tuduhan yang ditujukan pada Dr. Conrad Murray. Namun, peguam Jacko selesai lebih awal dari jadual yang ditentukan, hanya 6 minggu setelah kesaksian dari pakar2 forensik, paramedik, dan bekas pegawai Michael.
Selama 6 hari kesaksian ini, diperoleh keterangan bahawa Dr. Murray menghabiskan waktu berjam-jam bersembang dan sms melalui handphonenya, ketika seharusnya dirinya memonitor pesakitnya yang sedang dalam pengaruh ubat. Kesaksian ini dikuatkan dengan kenyataan petugas keselamatan Jacko, yang menyatakan bahawa doktornya berlaku tak selayaknya ketika menemui Jacko sudah tak bernyawa di dalam biliknya.
Salah satu petugas keselamatan, yang dipanggil Murray ke bilik Jacko, menyatakan kepada bicara bahawa doktornya menyuruhnya mencabut kantung infus yang berisi cairan berwarna putih pekat, yang dipercaya adalah Propofol, ubat bius, dari sisi tempat tidur bintang ini


0 comments:
Post a Comment