Tak dapat dinafikan bahawa AMERICAN IDOL sudah mendapat kepopularan yang luar biasa di seluruh dunia. Dengan sembilan season yang sudah berjalan, acara pencarian bakat ini sudah melekat erat dan sangat dikenal baik masyarakat Amerika mahupun negara lain.
Namun, rupanya glamor ini tak bererti banyak bagi Steven Tyler. Ketua band Aerosmith yang sekarang dipilih menjadi juri baru AMERICAN IDOL menggantikan Simon Cowell ini ternyata tidak pernah melihat acara ini bahkan satu episod pun!
Hal ini diungkapkan hosnya, Ryan Seacrest dalam acara Jay Leno, yang juga dihadiri oleh ketiga2 juri AMERICAN IDOL, Steven Tyler, Jennifer Lopez dan Randy Jackson. Namun, walaupun masih 'awam' tentang acara pencarian penyanyi baru ini, Steven juga mengaku akhirnya bersedia menerima tawaran, dengan jadual tournya yang tak lagi padat.


0 comments:
Post a Comment