it's about anything. too many to mention...

Monday, January 10, 2011

gaga dan polaroid lancarkan kamera berbentuk sunglasses


Syarikat Polaroid melakukan langkah yang tepat dengan memilih Lady GaGa sebagai brand ambassador ketika akan melancarkan produk-produk terbaru mereka. Ini kerana, produk-produk ini boleh dikatakan seunik GaGa, termasuk kamera dalam bentuk sunglasses!

Namun tak hairan produk-produk ini begitu unik, kerana GaGa yang campur tangan dan turut mereka produk-produk untuk Polaroid Grey Label. Salah satunya adalah idea untuk mereka kamera sunglasses yang diinsipirasi oleh kacamata gelap yang dipopularkannya di awal kariernya.

Dalam acara pelancarannya, GaGa juga turut memamerkan kamera sunglasses ini, yang membuat penggunanya boleh mengambil foto dan sekali lagi menampilkannya di lensa kacamata secara diam-diam.

Selain kacamata ini, GaGa juga turut mempromosikan printer portable dan wireless, yang dapat menyimpan foto secara digital dan mencetaknya tanpa dakwat!

0 comments: