Setelah membuka bisnes pusat kesegaran, nampaknya Madonna bakal segera ada 'permainan' baru di dunia bisnes. Diva ini dikhabarkan akan segera membuka serangkaian kelab malam dan bar, setelah dirinya berbincang dengan seorang usahawan asal Malaysia, yang tak lain adalah pemilik AirAsia.
Superstar ini dikhabarkan telah menemui jutawan ini, Tony Fernandes, Khamis lalu di sebuah kelab malam milik Tony di London. Dari pertemuan ini, dikhabarkan penyanyi Material Girl ini akan segera mengembangkan bisnesnya ke dunia hiburan malam, dengan mendirikan beberapa bar, restoran, dan kelab malam, bekerja sama dengan Fernandes.
Akhir tahun lalu, penyanyi ini membuka cabang pertama dari pusat kesegaran miliknya di Mexico. Selain bisnes ini, Madonna juga ada satu jenama di dunia fashion, Material Girl, yang didirikan bersama anaknya, Lourdes.


0 comments:
Post a Comment