Menurut AFP, yang melaporkan jalannya perbicaraan terhadap doktor peribadi Michael, Conrad Murray, di Los Angeles, Jumaat laludan tenaga kesihatan bernama Martin Blount, memberikan kesaksian bahawa Michael tampak sudah menghembuskan nafas terakhir setidaknya 20 minit sebelum beliau datang bersama kumpulan paramedik.
Murray mengatakan bahawa Michael berhenti bernafas baru satu minit sebelum kumpulan paramedik dipanggil melalui 911.
Sementara Blount mengatakan saat itu Dr. Conrad Murray tidak menyebut apapun bahawa beliau telah memberikan ubat penenang, hingga menyebabkan kematian terhadap Jacko seperti yang dituduhkan jaksa penuntut kepada Murray.
Doktor Murray pada mulanya juga tidak mengaku bahawa dirinya telah memberikan ubat-ubatan kepada Jacko, walaupun doktor peribadi Jacko ini dilihat memegang jarum suntikan sementara tiga botol ubat bius Lidocaine juga terletak di lantai.
Di lokasi kejadian, Blount melihat Michael dipasangkan kateter kondom, prosedur yang biasanya diterapkan terhadap pesakit yang sedang tidak sedar, seperti ketika menjalani pembedahan, agar pesakit tetap dapat mengeluarkan air seni walaupun sedang berada di bawah pengaruh ubat bius.
Kesaksian Blount pada perbicaraan awal yang berlangsung di Los Angeles Superior Court itu menguatkan kesaksian sebelum ini yang dilontarkan rakan satu kumpulan Blount, Richard Senneff.
Senneff menjangkakan bahawa Michael berhenti bernafas 20 minit hingga satu jam sebelum mereka tiba di kediaman Michael.
Kumpulan paramedik itu sampai ke kediaman Michael empat minit setelah mereka menerima panggilan 911.
Perbicaraan awal untuk mendengarkan keterangan saksi-saksi telah dimulakan pada Selasa lalu dan dijangkakan akan berlangsung selama dua minggu.
Doktor Conrad Murray dikenakan tuduhan telah secara melakukan pembunuhan secara tidak sengaja terhadap Michael Jackson.
Jaksa2 penuntut meyakini bahawa Murray telah menyebabkan Michael overdose dengan pemberian ubat bius berdaya kuat jenis propofol, dan beliau berusaha menutup-nutupi aksinya itu.
Di awal perbicaraan, wakil jaksa penuntut daerah LA, David Walgren, mengatakan bahawa Murray memberi Jackson propofol setiap malam selama hampir dua bulan untuk membantu Michael agar dapat tidur.
Pemberian propofol itu berlangsung saat Michael sedang menyiapkan rangkaian konsert muzik di London untuk menandakan kembalinya bintang pop itu tampil bermuzik di depan umum.
Menurut Jaksa Walgren, Conrad Murray gagal menyelamatkan nyawa Michael, termasuk menunda untuk menelefon 911, tidak memberi tahu paramedik tentang ubat-ubatan yang telah diberikannya kepada Michael, serta tidak mengerti bagaimana caranya melakukan pernafasan buatan (cardiopulmonary resuscitation/CPR).


0 comments:
Post a Comment