it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 5, 2011

victoria beckham tolak reunion spice girls


Walau namanya dibesarkan oleh girlbandnya, Spice Girls, namun Victoria Beckham tidak ingin kembali lagi ke dunia muzik dan nyanyian. Keputusan Victoria ini tampak ketika dirinya menolak tawaran teman-temannya yang lain untuk mengadakan reunion dan tampil sekali lagi sebagai Spice Girls.

Ibu tiga orang anak dan isteri pemain bola terkenal David Beckham ini dikhabarkan telah menolak peluang untuk sekali lagi tampil bersama Melanie Brown, Melanie Chisholm, Geri Halliwell, dan Emma Bunton, dalam upacara pembukaan London Olympics 2012 nanti.

Alasan yang dikemukakan Victoria atas penolakan ini adalah kerana dirinya merasa tampil bersama Spice Girl adalah sebuah kemunduran. Suaminya, David Beckham, dikhabarkan telah berusaha memujuk Victoria agar mengubah keputusannya, namun bekas Posh Spice ini bahkan sudah menyatakan bahawa dia tidak keberatan Spice Girls mencari anggota baru.

0 comments: