it's about anything. too many to mention...

Monday, February 21, 2011

david beckham diminta bersaksi melawan pelacur


Setelah 'tak ada khabarnya' cukup lama, rupanya kes saling menuntut antara David Beckham dan seorang pelacur bernama Irma Nici terus bergulir. Kali ini, Nici mencabar Beckham untuk hadir dan bersaksi di mahkamah.

Jika benar Beckham curang dengan Victoria Beckham dengan pelacur ini, maka mungkin inilah yang harus dihadapinya. Ini kerana, pekerja seks ini telah mengajukan permohonan rasmi agar David bersaksi di depan hakim2.

Pada Isnin lalu, Beckham gagal meyakinkan hakim2 untuk meneruskan proses tuntutan yang diajukannya pada majalah In Touch atas berita yang berisi pengakuan Irma. Ini kerana, pihak berwajib menganggap pihak Beckham tak dapat memberikan bukti yang cukup jika In Touch menerbitkan cerita bohong, seperti yang dituduhkan Beckham.

Sekarang, Nici telah mengajukan permohonan rasmi agar peguam2 dapat menyeret Beckham untuk bersaksi di mahkamah melawan pengakuan Nici, yang oleh jurucakap Beckham disebut 'tak benar dan menggelikan'.

Peguam Nici berharap Beckham memenuhi permintaan ini, walau dia ragu Beckham akan bersedia melakukannya.

0 comments: