it's about anything. too many to mention...

Tuesday, February 22, 2011

rihanna dapat kejutan ulang tahun dari snoop dogg


Happy birthday Rihanna! Ya, 20 Februari kelmarin, artis bertubuh kecil ini meraikan ulang tahun ke-23. Beliau juga mengadakan pesta bersama sahabat2 dan keluarga termasuk Jay Z, Cee Lo Green, dan Sean Combs. Bukan hanya itu, Rihanna juga mendapat kejutan dari penampilan Snoop Dog dan Warren G.

Selepas tampil di NBA All-Star Game di Los Angeles, Rihanna dan kawan-kawannya langsung bertolak ke rumah peribadi di Beverly Hills. Dalam acara itu, secara mengejutkan Snoop Dog dan Warren G langsung beraksi menyanyikan beberapa lagu hits mereka.

Selain pemuzik kelas atasan tersebut, tampak hadir juga Mary J Blige, Ryan Phillipe, Zac Efron, Joel Madden, dan Christina Milian. Dan soal makanan, Rihanna menyediakan berbagai makanan khas Karibia seperti oxtail dan plantains. Tak ketinggalan juga aneka red velvet cupcakes yang dihiasi bendera Barbados.

0 comments: