Harvey Weinstein, co-chairman The Weinstein Company nampaknya melihat Katy Perry sebagai seorang yang sesuai untuk berlakon drama yang mungkin saja dia akan terbitkan nanti. Dia menyebut Katy Perry sebagai orang sesuai melakonkan Marilyn Monroe.
Menurut Aceshowbiz, Weinstein menyebut bahawa Katy Perry boleh saja berlakon sebagai Marilyn Monroe dalam sebuah pementasan Broadway yang berjudul MY WEEK WITH MARILYN MONROE. Namun, hal ini akan terjadi jika filem dengan judul yang sama telah laku di pasaran.
Sementara itu, meskipun rancangan untuk membuat versi Broadwaynya masih sangat awal untuk dibicarakan, namun Weinstein percaya dengan MY WEEK WITH MARILYN versi filemnya. Dia juga percaya bahawa Michelle Williams akan mendapat gelaran Academy Award ketiganya kerana berlakon dalam filem ini.


0 comments:
Post a Comment