it's about anything. too many to mention...

Monday, November 28, 2011

keanu reeves jadi samurai!


Masih ingat Keanu Reeves yang tampil super kacak dengan wajah mulus di filem futuristik THE MATRIX? Well, lupakan saja, kerana penampilan baru aktor ini jauh berbeza, bahkan terbalik dengan Neo!

Kali ini, aktor ini tampil sebagai seorang lelaki tradisional Jepun dalam filem terbarunya, 47 RONIN. Reeves juga sempat ditangkap kamera mengenakan kimono berwarna merah menyala di Studio Shepperton, London, kala menjalani penggambaran filem ini.

Dalam filem aksi dengan basic bela diri ini, Reeves akan melakonkan Kai, orang asing yang bergabung bersama Oishi, pemimpin 47 Ronin. Dibakar dendam, Kai dan Oishi mengembara bersama mencari pembunuh guru mereka. Dalam pengembaraannya, mereka bertemu dengan beberapa penghalang yang hanya boleh dilalui oleh satria2 istimewa.

0 comments: