Sempat digossipkan dating seorang tukang bunga namun berita itu ternyata tidak benar. Sekarang muncul lagi berita yang Demi Moore sedang menjalin asmara dengan seorang lelaki bernama Scott-Vincent Borba. Siapa sebenarnya Borba? Ternyata Scott-Vincent Borba adalah seorang jutawan muda yang memiliki bisnes di bidang produk kecantikan.
Usia Scott terpaut cukup jauh dengan Demi Moore. Scott baru berusia 30an sementara Demi Moore sudah menginjak 49 tahun. Berita yang beredar mengatakan yang Scott tak sekadar kagum kerana Demi sebagai seorang aktres. Lelaki ini sudah terbiasa berhubungan dengan selebriti2 mengingat bidang bisnesnya yang selalu melibatkan selebriti2.
Sejauh ini Scott masih merahsiakan hubungannya dengan Demi dan nampaknya itu tak terlalu sukar kerana Scott sudah sering dilihat bersama selebriti2.

0 comments:
Post a Comment