Walaupun pernah menjalani hubungan yang rumit, namun berita bahagia tiba2 muncul dari pasangan on-off Justin Timberlake dan Jessica Biel. Splashnews melaporkan bahawa Jessica telah siap jika harus membina keluarga dengan kekasihnya yang telah bersamanya selama bertahun2 tersebut.
Walaupun tidak mengumumkan secara langsung, salah satu sumber dekat Jessica telah mengabarkan bahawa kedua2nya akan segera mengumumkan berita pertunangan mereka. Rupanya watak hamil yang dilakonkan Jessica di sebuah filem telah mengubah pola fikirannya tentang sebuah hubungan.
Sumber tersebut juga menambah bahawa jika kedua2nya telah rasmi bertunang, kedua2nya tidak akan menunda anak. Jessica yang kini telah berusia 29 tahun tersebut telah belajar banyak soal membina rumahtangga, termasuk soal kehamilan. Dia bahkan dikhabarkan telah melakukan diet agar kehamilan dan persalinannya nanti lancar.


0 comments:
Post a Comment