Bagi Desy Ratnasari, keputusannya mengenakan jilbab memang sudah bulat. Dia tidak lagi khuatir bahawa kerjayanya sebagai artis akan terganggu lantaran dirinya mengenakan jilbab, kerana yakin rezeki sudah ada yang mengatur. Selama kita berada di jalanNya, maka semua akan baik2 saja.
Selanjutnya, Desy juga mengungkapkan bahawa sejak dulu dirinya memang sudah ada niat untuk mengenakan jilbab. Keinginan tersebut semakin bulat ketika dirinya pulang haji. Pertimbangannya, mengenakan jilbab dirasanya lebih selamat kerana kita dapat menjaga diri. Pemikiran macam itu juga memang sudah berlaku di dalam keluarga Desy.
Namun demikian, wanita asal Sukabumi ini menyatakan bahawa dirinya tidak mahu memaksa kehendaknya kepada anaknya. Walaupun anaknya mahu mengerti dengan keputusannya tersebut, namun bukan bermakna dia boleh memaksakan anaknya untuk mengikuti dirinya. Ini kerana, memakai hijab adalah sesuatu yang asalnya dari kesedaran diri.


0 comments:
Post a Comment