Video klip terbaru Lady Gaga untuk singlenya yang berjudul Marry The Night boleh dikatakan sangat berbeza dan sangat mengejutkan! Ini kerana, tidak seperti video klip sebelum ini, Marry The Night akan didominasi dengan adegan topless, atau bertelanjang dada!
Dailymail menyebut bahawa video klip ini akan berisi banyak adegan aneh yang dilakonkan oleh Gaga dalam keadaan topless. Dengan hanya mengenakan seluar dalam putih, Gaga yang digambarkan sedang dalam keadaan kacau tersebut melakukan banyak hal, seperti makan cereal, main piano, bahkan menerima telefon. Dia juga tampak duduk di tub mandi sambil membasahi rambutnya dengan pewarna biru.
Berbagai pose tersebut, menurut Gaga bukan tanpa makna. Sebagaimana yang dia tuturkan, semua adegan dalam video klip Marry The Night tersebut adalah gambaran cerita masa lalunya. Dia berusaha berkongsi bahagian hidupnya yang menyakitkan dalam video klip tersebut.
Pengalaman buruk yang dia maksud dalam video tersebut adalah ketika dia mendengar berita bahawa dia batal rakaman dengan Island Def Jam untuk pertama kalinya. Saat mendengar berita tersebut, dia memang sedang dalam keadaan topless. Hal itu pernah membuatnya sangat terpukul, namun akhirnya dia berjaya bangkit.


0 comments:
Post a Comment