Walaupun masih saja berkutat dengan masalah undang2, namun keberuntungan nampaknya sudah ada di depan Lindsay Lohan. Setelah bersaing ketat dengan Megan Fox untuk merebut watak dalam filem biopic Elizabeth Taylor, akhirnya aktres penuh masalah ini boleh bernafas lega.
Seperti dilaporkan oleh Hollyscoop, sumber dekat Megan telah memberikan pengesahan bahawa bintang TRANSFORMERS tersebut tidak akan terlibat dalam penggarapan filem biopic berjudul LIZ AND DICK tersebut. Dengan demikian, kesempatan besar bakal ada di tangan Lindsay.
Sejak awal, Lindsay memang dinilai sebagai calon terbaik untuk melakonkan Elizabeth Taylor. Namun melihat keadaan Lindsay yang masih bergelut dengan kes undang2, pihak filem sedikit ragu, sehingga berusaha mencari alternatif lain. Selain Lindsay, Megan Fox dinilai ada karakter yang sama bagus dengan Lindsay.
Namun demikian, bukan bererti Lindsay yang akan mendapatkan watak itu. Seperti diungkapkan sebelum ini, masalah undang2 yang kini tengah dihadapi Lindsay juga bakal jadi masalah utama dalam filem ini. Walaupun saat ini dia telah menunjukkan prestasi yang bagus, namun masih ada pertimbangan lain yang cukup sukar.


0 comments:
Post a Comment