Di antara ribuan penonton yang hadir dalam konsert Katy Perry yang diadakan pada Khamis lalu, tampaklah wajah Giring Nidji dan keluarganya. Rupanya, vokalis Nidji itu tak mahu ketinggalan menonton penampilan superstar asal Amerika tersebut.
Siasat punya siasat, ternyata Giring ada alasan tersendiri datang ke konsert penyanyi lagu Firework tersebut. Tujuannya tak lain adalah untuk memuaskan anaknya, Zidan, yang diketahui adalah peminat Katy Perry.
Walaupun tujuannya adalah untuk membahagiakan keluarga, bukan bererti Giring tidak suka dengan Katy Perry. Dia sendiri mengaku bahawa dia sudah membeli album terbaru Katy Perry yang berjudul TEENAGE DREAMS, kerana sebagai pemuzik, dia melihat Katy sebagai seorang yang luar biasa.


0 comments:
Post a Comment