Kenyataan bahawa Khloe Kardashian memang bukan anggota keluarga Kardashian ternyata masih berlanjut. Kini masalah semakin rumit ketika seorang lelaki, yang diketahui adalah sahabat Robert Kardashian, mengaku bahawa Khloe adalah anaknya.
Seperti dilaporkan Dailymail, wanita 27 tahun dinyatakan adalah anak kepada seorang lelaki bernama O.J yang kini menetap di penjara akibat kes penculikan dan pembunuhan. Keterangan itu diperoleh dari beberapa sumber yang mengaku pernah diberitahu oleh O.J.
Dugaan tersebut semakin diperkuat dengan sejumlah keterangan yang menyatakan bahawa sekitar waktu Khloe dikandung, ibu Khloe, iaitu Kris Jenner, dan O.J memang dilihat sering bertemu. Selain itu, Robert, ayahnya, juga dikhabarkan pernah mengakui bahawa dia dan Kris tidak melakukan hubungan suami isteri saat Kris mulai mengandung Khloe. Hal itu juga diperkuat dengan sejumlah kemiripan yang dilihat antara Khloe dan anak O.J yang bernama Sydney.
The National Enquirer juga menyebutkan bahawa Kris Jenner dan O.J memang terlibat skandal sekitar tahun 1983, dan waktu itu berdekatan dengan waktu Kris mengandung Khloe. Sayangnya, berita ini pun segera dibantah oleh pihak dekat Khloe yang menyatakan bahawa tuduhan itu aneh dan konyol.


0 comments:
Post a Comment