it's about anything. too many to mention...

Thursday, January 19, 2012

titi dj lakonkan arimbi dalam 'gatotkaca jadi raja'


Penyanyi Titi DJ akan bergabung dalam pertunjukan drama cinema berjudul Gatotkaca Jadi Raja yang akan diadakan di The Hall, Senayan City, Jakarta Pusat pada Sabtu, 4 Februari akan datang. Bekas isteri Ovy Rif itu akan melakonkan watak raksasa, yang juga ibu kepada Gatotkaca, Dewi Arimbi.

Titi yang ditemui di sidang akhbar Petunjukan Gatotkaca Jadi Raja di Senayan City, Senayan, Jakarta Selatan, semalam, mengaku tampil membawakan dua lagu, namun hingga kini dirinya belum banyak melakukan latihan. Ibu empat anak itu membayangkan kesukarannya saat harus tampil mengenakan baju wayang.

Titi sendiri memang tidak berlakon sebagai raksasa, kerana kisahnya sendiri dibantu oleh rakaman, dan muncul sudah menjadi seorang Dewi Arimbi. Titi mengaku baru pertama mendapat pekerjaan menjadi watak wayang.

0 comments: