Malam besar yang telah disiapkan bagi Katy Perry pada Rabu besok nampaknya hanya akan jadi rancangan. Ini kerana, penyanyi I Kissed a Girl ini malah memilih untuk tidak hadir dalam acara People's Choice Awards 2012 yang akan diselenggarakan di Nokia Theatre, Los Angeles, California nanti.
Seperti dipetik dari Contactmusic, Katy menyampaikan melalui twitter bahawa pada Rabu besok dirinya memang berhalangan hadir. Padahal sebelum ini, suaminya, Russell Brand telah dicoret dari senarai tamu undangan demi menghormati penampilan Katy dalam acara berprestij tersebut.


0 comments:
Post a Comment