it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 10, 2012

zaskia mecca stress casting pelakon 'perahu kertas'


Artis Zaskia Adya Mecca terlibat dalam proses produksi filem PERAHU KERTAS arahan suaminya, Hanung Bramantyo. Pelakon Nyai Ahmad Dahlan dalam filem Sang Pencerah itu diberi peranan sebagai casting director untuk filem yang penggambarannya dimulakan pertengahan bulan depan itu.

Zaskia mengungkapkan filem yang diangkat berdasar novel karya Dewi Lestari dengan judul yang sama itu, sempat membuatnya kewalahan untuk menentukan pelakon2nya, terutama pelakon utamanya.

Filem PERAHU KERTAS ini diperuntukkan remaja2, meski mereka yang sudah dewasa pun masih boleh menikmati jalan ceritanya. Tidak sekadar percintaan saja, tapi lebih bagaimana ketika seseorang mahu mengambil langkah hidup sesuai yang dia inginkan.

Sementara waktu, Zaskia masih merahsiakan siapa yang ditunjuk melakonkan watak utama PERAHU KERTAS. Hal ini dilakukan berkaitan strategi pasaran, agar masyarakat tidak terlalu terburu-buru menilai pelakonnya, kerana memang peminat novelnya cukup banyak.

0 comments: