Berita bahagia akhirnya datang dari pasangan Megan Fox dan Brian Austin Green. Pasangan ini baru saja dikurniakan anak kedua yang lahir pada Khamis. Congrats!
Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, anak kedua Megan dan Brian ini juga berjenis kelamin lelaki. Sayangnya, pasangan ini tidak mengumumkan berita lebih lanjut tentang kelahiran anak mereka ini.
Jarak usia kedua-dua anak Megan memang tidak terlalu jauh, iaitu 15 bulan. Selain dua anak manis ini, Brian juga memiliki seorang anak dari pasangan sebelum ini, Vanessa Marcil.
Keinginan untuk membina keluarga memang sudah lama ada dalam fikiran bekas bintang TRANSFORMERS ini. Baginya, anak adalah seorang yang sangat bererti untuk melengkapi hidupnya.

0 comments:
Post a Comment