Pasangan Charlize Theron - Sean Penn kini tengah mengalami masalah keluarga yang cukup serius. Anak-anak Sean tidak dapat menerima kehadiran Charlize dalam kehidupan mereka.
Masalah ini boleh menjadi batu sandungan bagi kelangsungan cinta Charlize dan Sean. Ini kerana, Dylan (22) dan Hopper (20), anak-anak Sean dengan bekas isterinya Robin Wright, memberikan panggilan "Chuckles" kepada Charlize. Siasat punya siasat, ternyata panggilan ini diberikan kerana Charlize sering mengajak mereka bergurau hanya untuk membuat mereka suka padanya.
Menurut anak-anak Sean, Charlize adalah jenis wanita yang tidak menarik dan tidak akan dapat menggantikan ibu mereka. Makanya, mereka juga menganggap bahawa ayah mereka tidak pandai dalam memilih wanita.

0 comments:
Post a Comment