it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 3, 2015

Adakan diskaun, Laudya Chyntia Bella jual dress 14 juta jadi 4 juta

Membantu sesama adalah suatu kegiatan mulia, banyak yang dapat dilakukan, salah satunya seperti yang dilakukan oleh Laudya Cynthia Bella pada acara common cause charity kali ini. Artis yang telah memutuskan untuk berhijab ini akan sibuk jualan koleksi peribadinya.

Nantinya, dari hasil penjualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan.

Bella juga mengatakan bahawa hasil dari penjualan ini sebahagian akan disumbangkan. Artis yang juga telah menceburi dunia nyanyian ini mengaku memerlukan beberapa minggu membongkar almarinya, untuk memilih koleksi yang sudah tidak dipakai lagi.

Koleksi Bella didiskaun besar-besaran. Beliau menjual barang peribadinya dari Rp 10 ribu untuk baju, sampai dress yang dibeli Rp 14 juta pun dijual hanya Rp 4 juta saja. Hebatnya, koleksi aktres yang membintangi filem Assalamualaikum Beijing ini kebanyakan barang baru dan sekali pakai.

Bella berharap, dari koleksi yang laku dijual dapat bermanfaat untuk orang lain, dan hasilnya dapat dimanfaatkan untuk hal baik.

0 comments: