it's about anything. too many to mention...

Tuesday, March 3, 2015

Move on, Julia Perez hapus tatu Gaston Castano

Sudah sekitar setahun bintang cantik berusia 34 tahun, Julia Perez berpisah dengan bekas kekasihnya yang merupakan pemain bola sepak. Kini Jupe yang baru saja pulang umrah merancang untuk menghapus tatu di tubuhnya, salah satunya di tengkuk yang bertuliskan nama Gaston Castano dengan huruf India.

Bagi Jupe menghapus tatu ini merupakan salah satu bentuk perubahan yang dialaminya. Niat itu berkaitan dengan umrah yang baru saja dijalani. Meski belum berhijab, Jupe memang tampil lebih tertutup dan kini ingin menghapus tatu yang melekat di tubuh. Selain itu sudah waktunya bagi Jupe untuk move on meski Gaston disebut cuba menghubunginya lagi.

Dalam wawancara sebelum sepulang dari umrah, Jupe sempat berkata bahawa beliau belum siap untuk berhijab, terutama kerana merasa belum mampu menjaga kata-kata. Misalnya saja beliau tidak ingin ketika bergurau dan lantas gurauan itu disoroti kerana hijab yang beliau kenakan. Namun untuk tatu dan busana yang lebih tertutup, itu proses yang dapat dilakukannya.

0 comments: